LALUAN TERAPI MINDA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
PERINGKAT KEBANGSAAN
Boo Mee Lian
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu
ABSTRAK
Laluan terapi minda Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah merupakan satu pendekatan pencegahan iaitu berdasarkan persepsi bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum ia sampai ke tahap krisis maka usaha perlu dijalankan untuk menghalangnya. Dengan ini, lahirlah laluan terapi minda PPDa berfokuskan kepada anti DARVIH iaitu satu amalan terbaik yang berunsurkan relaksasi, ketenangan, berinformasi dan kesegaran fizikal dan minda. Dengan visi Sekolah Bebas Dadah. Laluan terapi minda PPDa ini telah memberi impak yang positif terhadap peningkatan sahsiah murid-murid, kokurikulum dan sukan, kurikulum serta pengurusan. Impak positif ini telah memperlihatkan kejayaan kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh pentadbir dengan menekankan tiga dimensi utama kepimpinan iaitu mendefinisikan visi sekolah, mengurus program instruksional dan membina iklim positif. Ini secara tidak langsung telah menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 iaitu sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Menjadi harapan agar laluan terapi minda ini diteruskan secara konsisten oleh semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu dalam usaha mendidik anak-anak Lubok Antu menjadi insan terdidik kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Kata Kunci: laluan terapi minda PPDa, sekolah bebas dadah, anti DARVIH, sekolah berkualiti, kemenjadian murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan