Apa Itu Alkohol?



DISEDIAKAN OLEH:
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA & PENGAWAS PPDa


DEFINISI ALKOHOL

Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras yang boleh memperlahankan fungsi sistem saraf pusat dan gangguan tingkahlaku yang tidak stabil seperti mabuk, kemurungan, agresif dan bercelaru.

MASALAH ALKOHOL DI MALAYSIA

Menurut World health Report 1991, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang tinggi penggunaan alkohol. Penyakit-penyakit yang berkait rapat dengan penggunaan alkohol seperti sirosis hepar dan kanser semakin meningkat.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati prevalen “alkohol abuse / alcohol dependence” adalah 11%, majoriti adalah lelaki. 90% purata umur pengambilan alkohol adalah 22 tahun


JENIS - JENIS MINUMAN ALKOHOL


Liquor

  iaitu yang terdiri dari jenis-jenis   seperti   vodka, whisky.

Bir

  terdiri dari dari jenis-jenis seperti shandy,   bir, stout.

todi dan samsu  popular di India.

Tapai yang popular di beberapa tempat di negara kita ialah tuak.

KESAN JANGKA PENDEK PENGAMBILAN ALKOHOL


seseorang akan hilang rasa malu.
seseorang menjadi mudah marah,
mempunyai pertuturan yang tidak lancar (slurred),
hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan
tidak sedarkan diri.

KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBILAN ALKOHOL


seseorang akan hilang rasa malu.
seseorang menjadi mudah marah,
mempunyai pertuturan yang tidak lancar (slurred),
hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan
tidak sedarkan diri.

KESAN PADA PSIKOSOSIAL

Mereka sering hilang pertimbangan dan sanggup mendera ahli keluarga terutama wanita dan kanak-kanak secara fizikal dan mental.
tidak dapat memberi perhatian dan tumpuan kepada anak-anak sehingga mengabaikan  kebajikan dan pendidikan mereka.
Mereka juga lupa maruah diri dan keluarga sehingga ada yang terjebak melakukan sumbang muhrim.
Keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga tidak dapat dinikmati dan akhirnya berlaku penceraian.
tidak boleh mengawal tingkah laku secara rasional sehingga terjerumus melakukan jenayah di luar rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan