Langkah
Pencegahan INHALAN
Menghidu atau menyedut inhalan BOLEH MEMBUNUH walau hanya dengan sekali sedutan atau hiduan sahaja. Oleh itu ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang merupakan pendamping utama remaja perlulah melakukan sesuatu agar masalah ini dapat dicegah seawal mungkin. Antara yang dapat dilakukan adalah:
- Sentiasa
sedar, waspada serta mengambil tahu tentang masalah ini dengan cara
mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan sedutan, jenis bahan
yang sering disalahgunakan, dan cara-cara untuk mengesan masalah ini
sekiranya terjadi di kalangan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda
- Pastikan
anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui tentang
bahaya-bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta inhalan.
- Elakkan
membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti bahan
pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol dan
aerosol. Usahakan untuk mendapatkan produk-produk alternatif yang
berasaskan air sekiranya ada.
- Sentiasa
awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan, sekiranya kuantiti
yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan penyiasatan lanjut
- Sekiranya
anda mensyaki sebarang perubahan tingkah laku anak atau rakan anda, tanya
dan cakap dengan mereka mengenai perkara yang membimbangkan anda. Jangan
tangguhkan untuk berdepan dengan mereka.
- Elakkan
sikap ‘tidak apa’- Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan mungkin akan
membunuh orang tersayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan