PENCEGAHAN AWAL BERMULA DI RUMAH
SEBAGAI IBUBAPA, APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN APABILA ANAK ANDA MELAKUKAN KESALAHAN?
TEKNIK TEGURAN SATU MINIT
1. Beritahu anak apa yang berlaku dengan cara yang tegas.
2. Tegur anak-anak dengan segera. Beritahu mereka secara spesifik apa kesalahannya dalam satu ayat.
3. Beritahu anda terkejut, sedih atau kecewa (mana-mana satu perasan anda). Kata dengan lembut dan tegas.
4. Berhenti bercakap. Biarkan anak berfikir dalam keadaan diam dan memahami apa yang anda cakap. Jika anak anda mula defensive atau marah, cakap, “Tunggu dulu, Tarik nafas dalam- dalam. Ayah/Ibu belum habis bercakap lagi”.
5. Sentuh anak anda dengan cara yang lembut, pegang tangan atau peluk dia dari belakang atau apa apa sentuhan yang boleh memberitahunya bahawa anda bersamanya, walaupun anda sebenarnya masih terkejut dengan tingkahlakunya.
6. Ingatkan kembali betapa anda saying, hargai atau bangga dengan anak anda.
7. Tegaskan bahawa anda masih bersangka baik / percaya kepadanya tetapi tidak suka kepada tingkahlakunya.
8. Beritahu anak bahawa anda tahu dia akan membuat pilihan yang betul bila ia berlaku lagi. Ingatkan dia apa yang terbaik dia perlu lakukan apabila marah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan