Hasil Karangan Pelajar SMK Lubok Antu

Hasil Karangan Pelajar SMKLA Untuk Program Pendidikan Dadah.

NAMA PELAJAR: Cathrine
KELAS                  :1B
Tajuk                      :Kesan Merokok dan Langkah Mengatasi.

Rokok ialah sejenis bahan yang amat merbahaya kepada kesihatan.Antara kesan-kesan merokok ialah terlalu banyak hingus yang menyumbatkan tengkorak,menyebabkan batuk dan kesukaran bernafas kerana asap tersebut masuk ke dalam kerongkong kita.

Seterusnya,ialah cilia.Cilia  adalah bulu-bulu halus (microscopic hair) yang menyapu keluar kuman-kuman dan kekotoran dari saluran pernafasan.Asap rokok dapat memusnahkan cilia dan ini menyebabkan pemendapan bahan-bahan yang menyebabkan barah.

Selain itu,merokok dapat menyebabkan masalah paru-paru,iaitu sesak nafas dan kurang tenaga.Begitu juga dengan jantung.Merokok mudah menjerut saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah dan oksigen.

Tambahan pula,merokok dapat menambahkan bisul di dalam perut.Di samping itu,merokok juga boleh menyebabkan kita sakit enfisema,bronkitis dan membahayakan bayi bagi ibu yang mengandung.

Akhir sekali,ialah langkah-langkah untuk berhenti merokok ialah kita patut berasa bangga kerana tidak merokok dan patut mengelakkan godaan seperti menyimpan macis atau pemetik api.Kita juga patut menentang ujian dengan kesibukan,menjauhkan diri daripada mereka yang merokok,simpan wang yang digunakan untuk membeli rokok di satu tempat khas,menyediakan bahan gantian,mempelajari cara-cara yang boleh menenangkan diri,mengingatkan sebab-sebab kita tidak boleh merokok,dan jangan menerima sebarang tawaran merokok.

Kesimpulannya,kita patut mengelakkan diri daripada merokok kerana merokok dapat membunuh diri anda.Jauhi rokok,demi keluarga anda atau orang yang anda sayangi.


NAMA PELAJAR: Dave Gibson Upong
KELAS                  :1A
Tajuk                      :Akibat-Akibat Pengunaan Morfin.


Morfin adalah salah satu jenis bahan inhalan yang berbahaya.Penggunaan morfin dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan beberapa akibat.

Akibat kita menghindu morfin,mata hitam penghindu akan mengecil.Selain itu,pertuturan menjadi tidak nyata serta tidak lancar.Tekanan darah menurun,mengantuk,menunjukkan kecatatan perseimbangan dan tindak balas,peredaran darah menjadi lambat,kurang selera makan,berhayal dan sentiasa mengelamun.



NAMA PELAJAR: Dave Gibson Upong
KELAS                  :1A
Tajuk                      :Kesan Jangka Panjang Menghindu Inhalan.


Inhalan adalah satu jenis bahan yang berbahaya.Penggunaan inhalan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan perkara-perkara negatif berlaku pada kita.

Antara kesan negatif penggunaan inhalan dalam jangka masa panjang adalah letih,lesu,kehilangan daya ingatan,kehilangan daya untuk berfikir dengan jelas atau waras,kedahagaan,penurunan berat badan yang mendadak,kesugulan,bengkeng,kebengisan,akan berasa teraniaya dan mengurangkan pembentukan sel darah merah dalam sum-sum tulang.

Kebanyakannya,kesan jangka panjang ini dapat dipulihkan (reversible) jika berhenti menghidu inhalan.Dengan ini,kesan tersebut akan hilang.

Orang yang menghidu wap pekat yang dilakukan berulang kali dalam tempoh masa yang berlanjutan boleh menyebabkan kerosakkan sistem saraf pusat yang berkekalan mungkin tidak dapat dipulihkan kembali.

Selain itu,mereka juga akan menjadi kurang aktif dari segi jasmani dan mental.Mereka juga akan mengalami kerosakkan pada hati,buah pinggang,darah dan sum-sum tulang.Akhir sekali,penghindu wap pekat boleh mengakibatkan kematian mengejut yang berpunca daripada degupan jantung yang tidak tetap,kesukaran untuk bernafas dan kemalangan.

Kesan kepada penghidu wap pekat adalah wap yang disedut dari bahan pelarut atau aresol akan masuk dengan cepat ke dalam aliran darah melalui paru-paru kemudian ianya teredar dengan cepat sekali ke dalam organ yang mempunyai edaran darah yang besar seperti otak dan hati.

Wap yang disedut ini akan cepat terserap ke dalam sistem saraf pusat (central nervous system) menyebabkan banyak kelemahan kepada fungsi badan termasuk tarikan penafasan dan degupan jantung.Dengan perlahan-perlahan wap terkumpul dalam tisu lemak.

Sementara beberapa hidrokarbon ruapan terungkaibiwa (metabolised) dan kemudiannya keluar melalui buah pinggang atau ginjal,banyak yang terhapus tanpa perubahan, dan memakan masa kerana edarannya dari tisu lemak balik ke dalam darah agak perlahan.



NAMA PELAJAR: Lawrenk Deka
KELAS                  :1C
Tajuk                      :Kesan Jangka Panjang Menghindu Gam.


Penggunaan inhalan dan jangka masa panjang akan menyebabkan perkara-perkara berikut.Lesu,letih,pucat,kehilangan daya ingatan,kehilangan daya untuk berfikir dengan jelas atau waras,kedahagaan,kesusutan badan,kesugulan,bengkeng,kebengisan,perasaan teraniyaya,pengurangan pembentukan sel darah dan sum-sum tulang.Kebanyakan kesan janka panjang ini boleh dipulihkan kembali (reversible) jika penggunaan inhalan dihentikan.

Penghiduan wap pekat yang dilakukan berulang kembali dalam tempoh masa yang berlanjutan boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat yang berkekalan yang mungkin tidak dapat dipulihkan kembali,pengurangan  besar keupayaan jasmani dan mental,kerosakkan pada hati,buah pinggang,darah dan sum-sum tulang dan kematian mengejut yang berpunca dariada degupan jantung yang tidak tetap,kesukaran bernafas ,kemalangan dan kesesakan nafas.

Kesan kepada tubuh badan,wap yang disedut dari bahan pelarut atau aresol akan masuk dengan cepat ke dalam aliran darah melalui paru-paru,kemudian ianya teredar dengan cepat sekali ke dalam organ yang mempunyai edaran darah yang besar seperti otak dan hati.Wap yang disedut ini akan cepat terserap ke dalam sistem saraf pusat (central nervous sysyem) menyebabkan banyak kelemahan kepada fungsi badan termasuk tarikan pernafasan dan degupan jantung.Dengan perlahan-perlahan wap berkumpul dalam tisu lemak.Sementara beberapa hidrokarbon ruapan terungkaibina (metabolised) dan kemudiannya keluar melalui buah pinggang atau ginjal,banyak yang terhapus tanpa perubahan dan memakan masa kerana edarannya dari tisu lemak balik ke dalam darah agak perlahan.



NAMA PELAJAR: Maxwell Machan Anak Junaidi
KELAS                  :1C
Tajuk                      :Kesan Ganja Ke Atas Pembiakan Lelaki


Kesan ganja ke atas sistem pembiakan lelaki akan menyebabkan pengeluaran hormon lelaki testosterone merosot.Ini menyebabkan ketidakseimbangan hormon memandangkan tubuh lelaki juga mengeluarkan hormon perempuan.

Selain itu, sesetengah lelaki remaja yang menghisap ganja mempunyai buah dada.Seterusnya,ganja juga megurangkan biangan sperma atau menambah sperma yang cacat atau tidak normal.Bukti juga menujukkan bahawa ganja juga menyebabkan pembentukkan janin yang cacat.Lelaki yang menggunakan ganja dengan banyak juga telah didapati mati pucuk.

Seterusnya, ganja juga meninggalkan berbagai kesan ke atas sistem pembiakan perempuan.Di antara kesanya ialah seperti berikut,kedatangan haid tidak menentu.Haid tidak menentu akan menyebabkan perempuan akan mudah jatuh sakit.Yang kedua,kemungkinan kurangnya telur dalam ovari,ia juga susah untuk ovari menghasilkan anak.Ia juga dapat melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru lahir.

Satu kajian di Boston pada tahun 1982,menunjukan bahawa ibu-ibu yang menghisap ganja jika mengandung ini mempunyai 5 kali lebih besar untuk melahirkan bayi-bayi yang cacat.Bayi-bayi ini mengalami kecatatan fizikal sama seperti bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu meminum benda pantang larang ketika mengandung.Kecatatan fizikal tidak dapat dinilai ketika bayi baru lahir.Walaubagaimanapun,kemingkinan ia berlaku tidak dapat dinafikan.

Bayi-Bayi itu mengalami berbagai masalah ketika dilahirkan.Seperti kekurangan oksigen,mengalami "stres" atau berada dibawah pengaruh THC yang terdapat di dalam darahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan