Sabtu, 10 Ogos 2019





MENGAPA PERLU HINDARI VAPE?
  • Vape atau lebih dikenali sebagai rokok elektronik merupakan sejenis penghantar nikotin elektronik yang menggunakan pengewap berkuasa bateri. 
  • Nama-nama lain untuk rokok elektronik ini adalah e-rokok, vapor dan e-cig. Rokok eletronik ini diperkenalkan untuk membantu mereka yang ketagih rokok tembakau untuk berhenti merokok dengan cara memberi penggunanya rasa seperti menghisap rokok tanpa membakar tembakau. 
  • E-rokok ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan ukuran. 
  • Setiap batang e-rokok ini mempunyai tiga komponen utama iaitu bateri, elemen pemanas dan tabung yang berisi cairan (“cartridge”). 
  • Cairan dalam tabung mengandungi nikotin, propilen, glikol atau gliserin dan penambah rasa seperti rasa buah-buahan. Ada juga rokok elektronik yang mempunyai bateri dan tabung berisi cairan yang boleh diisi ulang. 
  • Cara rokok elektronik ini berfungsi adalah cairan dalam tabung akan dipanaskan dan menghasilkan wap seperti asap yang mengandungi zat kimia. Pengguna menghisap zat kimia ini terus dari corongnya.
  • Vape mengandungi nikotin dan bahan kimia yang bahaya.
  • Nikotin merupakan bahan yang menyebabkan ketagihan. Nikotin ini boleh menyebabkan ketagihan terhadap bahan-bahan kimia lain yang sama jenis. 
  • Perasa yang diperolehi melalui vape mengandungi karsinogen dan bahan kimia beracun seperti formaldehida dan asetaldehida, serta logam beracun dalam ukuran nanopartikel yang dihasilkan dari mekanisme penguapan. 
  • Propilen dan glikol atau gliserin berfungsi untuk menghasilkan wap air. Akibat menghirup bahan-bahan kimia ini adalah kerengsaan sistem pernafasan. 
  • Kandungan lain seperti “tobacco-specific nitrosamine (TSNA)” adalah elemen karsinogen yang didapati dalam tembakau dan rokok tembakau. Bahan kimia ini juga didapati dalam cairan rokok elektronik. Kadar TSNA adalah tinggi jika kadar nikotin tinggi.
  • Jika e-rokok digunakan semasa kehamilan, kesihatan janin dalam kandungan akan terancam. Fungsi otak dan paru bayi yang sedang berkembang boleh terjejas pada jangka panjang. Nikotin juga boleh menyebabkan berat badan lahir bayi rendah, kelahiran tidak cukup bulan (“premature”), bayi lahir mati (“stillbirth”), dan sindrom kematian bayi mendadak (SIDS).
  • Perkembangan otak akan terjejas dalam kalangan kanak-kanak dan remaja oleh sebab nikotin. Remaja yang menggunakan e-rokok akan mengalami gangguan kognitif dan tingkah laku yang menjejaskan ingatan dan perhatian. Kesan nikotin pada otak manusia dapat diperhatikan dalam jangka masa panjang.
  • Penyerapan, penghirupan dan menelan cairan rokok elektronik melalui kulit atau mata boleh mengakibatkan keracunan. Dos nikotin tinggi juga menyebabkan keracunan. Cairan yang tertelan oleh kanak-kanak boleh mengakibatkan kematian.
  • Terdapat penyelidikan yang membuktikan bahawa bahan kimia dalam rokok elektronik akan menjejaskan keupayaan sel paru untuk menjaga paru-paru dari kuman dan zat merbahaya yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan