Kenapa kanak-kanak mengambil dadah.
Banyak sebab mengapa seseorang kanak-kanak
mengambil dadah. Kecenderungan seseorang kanak-kanak mencuba sesuatu
tingkahlaku baru, sama ada elok atau berisiko,merupakan sebahagian daripada
proses perkembangan mereka. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan kanak-kanak
yang terlibat dengan pengambilan dan penyalahgunaan dadah adalah kerana;
Antara salah satu sebabnya, kanak-kanak
mengambil dadah adalah untuk menghilangkan rasa kebosanan. Hal ini berlaku
kerana masa yang terluang tidak digunakan dengan sebaiknya malah mereka
menggunakan masa tersebut untuk tujuan melakukan perkara yang tidak
menguntungkan. Melalui dari aspek itulah,menyebabkan mereka mudah terjebak
dengan gejala sosial, contohnya
kanak-kanak mula bergaul dengan rakan sebaya atau kacang hantu dan mula
menubuhkan kumpulan berlepak. Hal ini akan menyebabkan mereka terikut-ikut
dengan tingkahlaku dan pergaulan rakan sebaya. Sekiranya mereka bergaul dengan
rakan sebaya yang mengambil dadah maka mereka juga turut ikut bersama. Oleh
itu, tidak hairanlah sekiranya mereka meluangkan masa mereka dengan mengambil
dadah.
Selain itu, mereka akan merasakan diri
mereka hebat apabila mengambil dadah. Cuba kita perhatikan, kebanyakan penagih
dadah berstatuskan gangster dimana mereka akan menubuhkan satu kumpulan untuk
meluaskan penyebaran perniagaan dadah secara haram. Pada masa yang sama,
penyebaran dadah ini memerlukan agen untuk menjual dadah dari tempat ke tempat.
Kebiasaannya, kanak kanak dijadikan sebagai agen untuk menjual dadah kepada
rakan-rakan sekolah. Melalui pengambilan dadah tersebut, ia akan mendorong
kanak-kanak untuk melakukan pelbagai jenayah misalnya,membuli, merompak dan
sebagainya. Jika perkara ini tidak dibendung, ia akan menyebabkan ramai
kanak-kanak menjadi mangsa jenayah dan hal ini boleh disabitkan kesalahan.
Seterusnya,dadah boleh menyebabkan seseorang
itu melupakan kesukaran dan ingin relaks. Kebanyakan kanak-kanak mempunyai
kesukaran dalam menghadapi cabaran kehidupan terutamanya masalah dalam
pelajaran dan konflik diantara ahli keluarga. Kanak-kanak biasanya mengambil
dadah apabila peperiksaan menjelang kerana mereka menganggap dengan mengambil
dadah, ia dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi tetapi sebaliknya mereka
tidak tahu kesan pengambilan dadah tersebut dan jika ia diambil secara
berlebihan ia akan menyebabkan ketagihan dan akhirnya memusnahkan hidup mereka.
Akhir sekali,perasaan ingin tahu dan ingin
menjadi dewasa. Kanak-kanak yang tersalah memilih rakan mudah terjebak dengan penyalahgunaan
dadah. Misalnya,sekiranya mereka melihat rakan yang lain mengambil dadah mereka
akan ingin mencuba bagaimana rasa dadah.
Adakah ia menyeronokkan atau sebaliknya? Selain daripada itu, dengan mengambil
dadah, mereka akan beranggapan bahawa mereka sudah menjadi dewasa. Mereka
berpendapat bahawa , jika seseorang itu mengambil dadah ia merupakan kerja
orang dewasa. Daripada itu, mereka akan merasakan diri mereka bukan kanak-kanak
lagi yang tidak perlu diarahkan atau dipimpin.
Konkluksinya di sini, ibubapa perlulah
memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak-anak dalam mana mana
aktiviti yang dilakukan serta pergaulan bebas dengan rakan sebaya. Oleh itu,
ibubapa hendaklah mendidik dan menerapkan ajaran agama sejak kecil seperti
peribahasa melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya” supaya anak-anak
tidak terjebak dengan kegiatan jenayah khususnya menagih dadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan