DADAH APA YANG BIASA DIGUNAKAN
Kanak-kanak
hari ini terdedah dengan dadah dan alcohol di mana-mana sahaja, malah di dalam
rumah sendiri. Mereka melihat aktiviti merokok, meyalahgunakan dadah dan
alcohol hampir setiap hari melalui filem, video music dan televisyen semenjak
kecil. Mereka juga mempelajarinya daripada laman-laman media social dan
aplikasi perbualan (chatting) daripada gajet-gajet mereka, juga melalui
rakan-rakan sekolah. Secara ringkas, apa yang mereka pelajari mengenai dadah
ini bergantung kepada apa yang mereka dengar, baca, tonton atau berbual bersama
rakan mereka.
Apakah jenis
dadah yang biasa mereka dengar, baca, tonton dan menjadi topic perbualan biasa
sesama rakan sebaya? Adakah dadah jenis ini mudah didekati oleh anak-anak anda,
dan akhirnya dijadikan bahan eksperimentasi atau mencuba-cuba.
1. Tembakau
· Diambil dalam bentuk rokok, cerut
atau hookah (shisha) yang dihisap atau dikunyah.
· Mengandungi nikotin, sejenis dadah
perangsang yang mudah ketagih yang bertindak terus kepada sistem saraf pusat
pengguna.
· Mempengaruhi fungsi otak, mengganggu
system saraf automatik seperti pengawalan kadar degupan jantung, tekanan darah
dan otak.
2. Alkohol
· Didapati dalam bentuk cecair yang
dikenali juga sebagai minuman keras, arak atau bir.
· Dikategorikan sebagai dadah yang
menekan sistem saraf pusat yang boleh menyebabkan peminum hilang koordinasi
badan, hilang keawarasan, tindak balas lambat dan keracunan.
3. Inhalan
· mudah diperoleh dalam rumah contohnya
seperti gam, cecair peluntur, cecair pembersih, pelarut cat, gasolin dan
bahan-bahan spray.
· Digunakan dengan cara menghidu
(sniffing) atau sedut (snorting) melalui hidung dan mulut.
· Menyebabkan kesan yang ketara dan
cepat kepada sistem saraf pusat, kesan sama kepada alcohol, halusinasi, boleh
merosakkan sel-sel otak yang mencegah penerimaan oksigen yang diperlukan otak,
kegagalan hati dan jantung.
4. Ganja
· Dikenali sebagai dadah pemula
(starter) dan pembuka pintu (gateway) kepada dadah-dadah lain.
· Menyebabkan pengguna tidak memberi
tumpuan, semakin hilang ingatan dan gangguan percakapan, gangguan psikosis,
kemurungan, halusinasi dan delusi.
5. Ecstasy
· Sejenis dadah sintetik yang kerap
digunakan golongan muda di pusat hiburan bagi tujuan keseronokan.
· Sejenis dadah psikoaktif yang boleh
mempengaruhi atau meningkatkan mood yang didapati dalam bentuk pil pelbagai
simbol seperti playboy, rama-rama, XTC, bentuk ‘love’ dan sebagainya.
· Memberi kesan dehidrasi (hilang air
dalam badan), peningkatan kadar degupan jantung, suhu badan dan tekanan darah,
paranoid, koma dan kegagalan sistem badan.
6. Syabu
· Nama jalanan bagi dadah sintetik
methamphetamine sejenis dadah rekaan atau sintetik berbentuk hablur tawas yang
halus berwarna putih Kristal.
· Boleh menyebabkan halusinasi
pendengaran dan pengelihatan, cepat marah, resah dan tidak tenang, kenaikan
suhu badan dan tekanan darah, dan agresif.
· Penyalahgunaan dalam tempoh lama
menyebabkan pengguna akan mengalami kerosakan sistem saraf pusat (otak),
serangan strok, psikosis, keracunan dan maut.
7. Pil kuda
· Dadah sintetik jenis methamphetamine
yang popular dan -mudah didapati di negeri-negeri pantai timur Malaysia, boleh
didapati dalam bentuk pil berwarna kemerah-merahan dan diperbuat daripada
pelbagai bahan toksik dan berbahaya.
· Pengguna akan mengalami kesan
paranoid, peningkatan suhu badan, sukar tidur, halusinasi, sawan dan agresif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan