AKU TANPA ROKOK VAPE...
Bagaikan mimpi aku berada di atas pentas sekolah semasa majlis graduasi sekolah. Sepanjang alam persekolahan aku tidak pernah sama sekali menjejakkan kaki atau menanam impian untuk menjadi salah seorang penerima hadiah untuk matapelajaran terbaik. Walau apapun aku bersyukur kerana di atas rahmat Tuhan, doa guru-guru dan ibubapa serta bantuan rakan-rakan akhirnya aku berjaya menjadi pelajar terbaik untuk matapelajaran geografi.
Teringat kisah silam. Aku ialah seorang pelajar yang bangkit dibuai mimpi dan rasa bersyukur dan berterima kasih kerana Tuhan masih menyayangi aku. Aku seorang bertuah kerana Tuhan menemukan aku dengan seorang guru kaunseling yang sentiasa mendukung aku dan menerima aku tanpa apa apa syarat sedangkan sebelum ini aku banyak melakukan kesalahan yang melanggar peraturan sekolah dan juga menyusahkan kedua-dua orang tuaku.
Dengan semangat dan dorongan dari guru kaunseling akhirnya aku bertekad untuk meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar. Aku ingin bangkit dari dilema rokok dan juga vape. Aku merokok depan guru dan orang tua tanpa ada rasa hormat sekalipun. Kini aku sedar apabila Tuhan menyentuh hatiku dan aku disahkan menghidapi masalah jantung akibat pengambilan rokok atau vape tanpa had. "Aku bersujud atas namamu Tuhan, ampunilah segala dosaku". Aku menyesal dengan perbuatanku.
Bimbingan kaunseling dari guru kaunseling yang ku gelar cikgu H telah banyak membantu dan menginspirasikan aku untuk membuat sesuatu yang dapat menjadi kenangan terbaik bagi aku dan menembus balik setiap kesalahan aku sebelum ini yang turun naik bilik pengetua, PK HEM dan guru disiplin. Tiada setitik belas kasihan daripada aku pun terhadap mereka. Tiada kesedaran langsung buatku untuk memberi kelegaan kepada mereka. Bodoh dan sombongnya aku pada masa itu.
Kini aku sedar bahawa apa yang telah kulakukan adalah perbuatan bodoh dan sia sia sahaja. Aku ingin bangkit dan kini tanpa kusedari aku berada di atas pentas sekolah buat julung kalinya. Penerima matapelajaran terbaik geografi SPM 2018. Aku mendengar tepukan gemuruh daripada rakan-rakan seperjuangan, ibubapa dan guru-guru. Jauh nun disana aku melihat Cikgu H melemparkan senyuman yang paling manis bagiku. Aku seakan-akan mendengar dari bibit bibir Cikgu H "kamu berhak atas kejayaan ini".
Masa yang dinanti sudah tiba. SPM! SPM! SPM! Penentu masa hadapan. Hampir satu bulan saya dan rakan-rakan SPM bergelut menghadapi peperiksaan SPM. Selesai SPM Cikgu H membawa aku mengikut beberapa kem ibadah dan juga kem jati diri. Aku banyak belajar benda baharu. Aku semakin pandai berfikir.
Sedang aku mengikuti kem Jati diri tiba-tiba aku merasakan sesak nafas dan aku lupa apa yang berlaku dengan aku selepas itu. Di waktu aku bangun dari buaian mimpi aku terlantar di atas sebuah katil. Aku merasa lemah. Aku pandang sekeliling aku dan nampak kedua orang tua ku disisiku. Ayahku berkata, berehatlah nak. Rupanya dah hampir sebulan aku koma tidak sedarkan diri. Pada masa itu aku baru sedar yang aku telah pun menjalani pembedahan jantung.
Aku nampak Cikgu H dari jauh membawa sekeping kertas. Rupanya hari ini ialah tarikh pengumuman keputusan SPM. Cikgu H mengucapkan syabas dan tahniah padaku. Dia tunjukkan slip keputusan dengan aku. Aku menitiskan air mata tanda gembira kerana perjuangan saat akhirku berjaya. Aku telah berjaya mendapat keputusan 7A2B dalam SPM ini. Aku mengucapkan terima kasih kepada cikgu H atas bimbingan selama ini. Ibubapaku teramat gembira. Bermula dari saat ini, aku berjanji pada diriku, bahawa aku akan mengejar impian aku untuk menjadi seorang guru kaunseling seperti Cikgu H.
Bersambung
Pengajaran yang diperolehi ialah kita janganlah merokok kerana merokok membahayakan kesihatan. Ini juga mengajar kita tanpa roko atau vape masa depan adalah cerah.
Penulis : Cikgu Huang Huat Leong