Apa itu D.A.R.I.H (DARIH) ?
D - DADAH
Dadah merupakan sejenis bahan yang merbahaya dan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, emosi serta tingkah laku pengguna seperti ketagihan dan terus bergantung hidup kepadanya.A - ALKOHOL
Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras yang boleh memperlahankan fungsi sistem saraf pusat dan gangguan tingkah laku yang tidak stabil seperti mabuk, kemurungan, agresif, dan bercelaru.
R - ROKOK
Rokok adalah silinder dari kertas yang mengandungi bahan busa serabut sintetik dan dan nikotin yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan kanser paru-paru.
I - INHALAN
Inhalan merupakan bahan kimia psikoaktif yang terhasil daripada pelarut organik, aesorol, pelekat deodoran, pemetik api, cat yang boleh menyebabkan kematian sel otak dan cacat akal.
H - HIV
Hiv merupakan virus yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semula jadi untuk melawan penyakit.
Apa itu Dadah?Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Ianya dikenali sebagai “Kanabis Herba”,
“Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan “Dagga”. Kanabis herba
atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan
pucuk berbunga pokok
kanabis yang dikeringkan dan
kadang-kadang dijadikan dalam bentuk
blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih
kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara
0.25%-8%.
DADAH:KESAN KEPADA
KESIHATAN
1 . Mental Dan Emosi
Kesan dadah terhadap mental dan emosi |
Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri , gelisah , cepat marah , gementar , kebingungan , fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas . Pada
dos yang tinggi / berlebihan mampu menaikkan suhu badan ke tahap membahayakan dan boleh mengakibatkan sawan dan akhirnya maut .
2 . Kepala
Kesan dadah terhadap
kepala |
Mulut kering , berpeluh berlebihan , anak mata menjadi besar , menggeletar dan sakit kepala ,
dopamine pada otak kurang aktif , urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh .
3 . Fizikal
Kesan
dadah
terhadap
fizikal penagih dadah tidak tidur 3 sehingga 15 hari,hilang selera makan dan berat badan menurun,berpeluh, pucat,mengabaikan kesihatn diri,badan berbau,gigi kekuningan,berparut dan luka di badan.Kudis jelas kelihatan akibat penggunaan syabu untuk menggaru kulit dan menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya.Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan serta mengakibatkan lumpuh.
4 . Sistem Saraf
Kesan
dadah
terhadap
sistem
saraf |
Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit
Parkinson ( dengan gangguan pergerakan anggota badan ) dan penyakit
Alzheimer ( dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk ) .
5 . Jantung Dan Salur Darah
Kesan
dadah
terhadap
jantung
dan
salur
darah |
Kerosakan pada jantung akibat degupan jantung kencang , tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut . Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah .
6 . Perut Dan Sistem Penghadaman
Kesan
dadah
terhadap
perut
dan
sistem
penghadaman |
Mengalami gangguan saluran pemakanan dan kebuluran berlanjutan kerana tidak makan ketika pengambilan syabu . Bahan toksik dalam dadah yang
dicampur dengan bahan lain
menyebabkan gangguan pada perut dan sistem penghadaman .
7 . Sistem Peranakan Wanita
Kesan
dadah
terhadap
sistem
peranakan
wanita |
Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi , kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran . Bayi yang
dilahirkan adalah kecil , terlalu aktif , mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah
mental dan tumbesaran .
Sistem seksual
Kesan
dadah
terhadap
sistem
seksual |
Sistem seksual mudah terganggu dan tidak dapat berfungsi dengan baik .
DADAH: Kenali
puncanya
1.
Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini.
Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang
bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang
sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal
ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang
keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa.
Lama-kelamaan, kebebasan yang
dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.
2.
Pengaruh Rakan Sebaya
Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang
sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang
digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius.
Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.
3.
Tekanan / Depressi
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang
tinggi oleh ibu bapa agar
mereka mencapai prestasi yang
cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang
hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang
lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang
tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang
digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang
dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.
4.
Kurang Pendidikan Agama
Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang
terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan
agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi,
dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang
boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan
agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang
telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan
agama amatlah penting bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang
di anggap hina.
5.
Pengaruh
Media Cetak Dan
Media Elektronik
Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan
media cetak dan
media elektronik. Hal
ini adalah kerana melalui kedua-dua
media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang
tidak diperolehi disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua
media ini juga memberi pengaruh yang
amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang
dibuat itu betul atau salah.
DADAH:
Bagaimana
untuk
mengatasinya?
Peranan
ibu
bapa
- Ibu bapa adalah insan yang
paling hampir dengan golongan remaja. Ibu bapa berperanan secara langsung dalam pembentukan sahsiah,
mental, fizikal dan peribadi anak-anak mereka. Sikap pentingkan kerjaya dan diri sendiri perlu diseimbangan dengan pembentukan keluarga yang
bahagia. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak, saling berinteraksi bertanyakan masalah yang
mereka hadapi, mengawal aktiviti dan pergaulan mereka. Keprihatinan dan kasih sayang yang
ditunjukkan ini menjadikan mereka sebagai pakar rujuk untuk anak-anak.
Peranan
sekolah
- Sekolah merupakan institusi kedua yang
memainkan peranan penting dalam menangani masalah penagihan dadah dikalangan pelajar sekolah. Pihak pengurusan,
guru-guru dan pelajar sekolah merupakan mekanisma penting dalam mengerakkan pelbagai
program yang berkaitan dengan penagihan dadah. Antara
program yang dijalankan adalah minggu anti
dadah. Minggu Anti
Dadah dijalankan setiap tahun baik diperingkat negeri, daerah atau sekolah.
Program ini mendapat kerjasama dengan
AADK. Tujuan
program ini dilaksanakan adalah untuk
member I pendedahan kepada warga sekolah umumnya dan pelajar sekolah khususnya tentang jenis-jenis dadah, kesan dadah dalam kehidupan dan cara mengatasinya. Antara pengisian
program ialah ceramah lima
minit, pameran, pertandingan melukis
poster dadah, pembinaan
blog, menulis esei, pertandingan boria, dikir barat dan sebagainya. Ujian air kecing juga telah dilaksanakan sebagai langkah awal mengesan pelajar-pelajar yang
terlibat dengan najis dadah. Dengan cara ini, kita dapat
member I peluang
kepada golongan sasaran
melibatkan diri dalam aktiviti yang
berfaedah. Ujian air kecing juga telah dilaksanakan sebagai langkah awal mengesan pelajar-pelajar yang
terlibat dengan najis dadah. Kementerian pendidikan telah meletakkan satu matlamat’ Sekolah Tanpa Dadah ‘ sebagai hala tuju yang
berlu dilaksanakan bersama dari peringkat sekolah.
Rakan
Sebaya
- Siapa rakan sebaya? Sejauh mana peranan yang
boleh dimainkan oleh rakan sebaya?. Rakan sebaya ialah sahabat atau kawan yang
seusia dengan sesuatu peringkat umur. Rakan sebaya boleh bertindak sebagai pembimbing
kepada rakan sebaya yang
lain. Antara langkah-langkah yang
boleh dilaksanakan adalah mendekati dan berinteraksi sesama rakan sekolah atau sekelas, melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan tentang masalah dadah dan merokok, belajar menjadi pendengar yang
baik sekiranya ada rakan sebaya yang
meluahkan masalah,
bantu rakan sebaya dengan ikhlas dan tenang,
bantu menerap nilai-nilai murni kepada rakan sebaya, menjadi
model yang baik,
bantu rakan sekolah menangani pengaruh
negative, rancang aktiviti yang
sihat, sedia berkawan dan bijak bertindak jika berlaku sesuatu yang
mencurigakan. Dengan terlaksananya langkah-langkah ini , rakan sebaya boleh mengurangkan pengaruh
negative sebaliknya dapat menerapkan pengaruh positif dikalangan rakan sebaya.
Masyarakat
- Masyarakat meliputi Jiran tetangga, saudara mara dan insan sekeliling sasaran Juga tidak kurang pentingnya berganding bahu mencegah masalah ini daripada berterusan.Ungkapan "menjaga tepi kain orang" perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat bagi menangani permasalahan yang melibatkan perkara umum.Masyarakat bukan sahaja mejadi pemerhati sahaja,tetapi mejadi ajen penghubung.Masyarakat yang bertanggungjawab adalah yang sentiasa membantu untuk melaporkan setiap jenayah yang berlaku terutama jenyah penagihan dadah di kalangan remaja sekolah.Talian Rakan Corp yang disediakan oleh pihak PDRM boleh digunakan semasa membuat sebarang aduan.Tema SATU MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH perlu dihayati oleh setiap lapisan masyarakat yang berbilang kaum tannpa memilih agama dan bangsa.
ALKOHOL
Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras yang boleh memperlahankan fungsi sistem saraf pusat dan gangguan tingkahlaku
yang tidak stabil seperti mabuk, kemurungan, agresif dan bercelaru.
MASALAH
ALKOHOL DI MALAYSIA
Menurut
World health Report 1991, Malaysia merupakan
salah
sebuah
negara
yang tinggi
penggunaan
alkohol.
Penyakit-penyakit
yang berkait
rapat
dengan
penggunaan
alkohol
seperti
sirosis
hepar
dan
kanser
semakin
meningkat.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati prevalen “alkohol abuse / alcohol dependence” adalah 11%, majoriti adalah lelaki. 90% purata umur pengambilan alkohol adalah 22 tahun.
Kesan Jangka Pendek Pengambilan Alkohol
- seseorang
akan
hilang
rasa malu.
- seseorang
menjadi
mudah
marah,
- mempunyai
pertuturan
yang tidak
lancar
(slurred),
- hilang
imbangan
semasa
berjalan,
kecelaruan
fikiran
dan
- tidak
sedarkan
diri.
Kesan Jangka Panjang Pengambilan Alkohol
Kesan pada sistem saraf
-kesan-kesan kekal pada otak dan saraf ialah hilang ingatan dan kebas
Kesan pada sistem penghadaman
- Penyakit hepar seperti hepatitis, siroris dan kanser.
- Penyakit ulser peptic (peptic ulcer) dan radang gaster (gastritis)
- Mutah darah
- Radang kelenjar pankreas (pancreatitis)
- Kanser gaster
- Anemia
- Kekurangan zat makanan
- Penyakit hepar seperti hepatitis, siroris dan kanser.
- Penyakit ulser peptic (peptic ulcer) dan radang gaster (gastritis)
- Mutah darah
- Radang kelenjar pankreas (pancreatitis)
- Kanser gaster
- Anemia
- Kekurangan zat makanan
Kesan pada sistem kardiovaskular
i) Tekanan darah tinggi (hipertensi)
ii)
Strok (Angin ahmar)
iii)
Kerosakan otot jantung (kardiomiopati)
iv)
Mati pucuk(impoten)
Kesan pada sistem reproduktif
i) Mati
pucuk
(impoten)
ii)
Kurang
nafsu
seks.
Kesan Pada Psikososial
- Mereka saling hilang pertimbangan dan sanggup mendera ahli keluarga sendiri mendera ahli keluarga terutama wanita dan kanak-kanak secara fizikal dan mental.
-Tidak dapat memberi perhatian dan tumpuan kepada anak-anak sehingga mengabaikan kebajikan dan pendidikan mereka.
-Mereka juga lupa maruah diri dan keluarga sehingga ada yang terjebak melakukan
sumbang muhrim.
-Keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga tidak dapat dinikmati dan akhirnya berlaku penceraian.
-Tidak boleh mengawal tingkah laku secara rasional sehingga terjelumus melakukan jenayah di luar rumah.
APA ITU ROKOK?
Rokok
adalah silinder
dari kertas yang mengandungi
bahan busa
serabut sintetik dannikotin yang boleh mengakibatkan
KESAN ROKOK
¡Gigi
/ Jari kuning
¡Bibir
/ gusi hitam
¡Rambut
cepat beruban
/ kulit berkedut
¡Selera
kurang
¡Kurang
stamina
¡Kesuburan
terjejas
¡Membazir
wang
¡Badan
berbau
¡Penyakit
jantung dan
paru-paru
TIPS BERHENTI MEROKOK
Langkah 4M
¡Melengahkan
merokok
dan
buat
seketika
sehingga
keinginan
itu
hilang.
¡Minum
air kosong
perlahan-lahan
¡Menarik
nafas
panjang
3 kali secara
perlahan-lahan
Melakukan sesuatu untuk mengalihkan tumpuan daripada menghisap rokok.KEBAIKAN BERHENTI MEROKOK
¡Pernafasan
bertambah
baik
¡Stamina
meningkat
¡Lebih
sihat
¡Lebih
diterima
oleh
masyarakat
¡Mengurangkan
bahaya
merokok
terhadap
kesihatan
¡Melindungi
orang lain dari
bahaya
merokok
¡Menjimatkan
wang
¡Melindungi
persekitaran
PETUA MENGATASI KEINGINAN MEROKOK
¡Tarik
nafas
panjang
¡ Minum air
¡ Membuat
kerja
lain
¡ Mengunyah
sesuatu
(seperti
gula
getah)
¡ Mandi
¡ Basuh tangan
¡ Senaman
ringan
( contoh
: regangan)
¡ Sembahyang
/
meditasi
APAKAH ITU INHALAN?
O Inhalan adalah
bahan kimia
yang mengandungi bahan
psikoaktif yang
dihasilkan daripada
pelarut organik
dan bahan
meruap yang
boleh dijumpai
dalam lebih
1000 produk rumah
seperti
aerosol, pelekat, deodoran,
penyembur rambut, minyak
wangi, penyegar
udara, gasolin, cecair
pemetik api dan cat.
KATEGORI INHALAN
Inhalan
boleh dibahagikan
kepada tiga
kategori utama
iaitu;
1. Pelarut
Mudah
Meruap
Pelarut
ini didapati
dalam kebanyakan
produk-produk
yang biasa
digunakan di rumah
atau untuk
tujuan
penggunaan
perubatan dan
industri. Produk-produk
tersebut termasuklah
cat dan penipis/pelarut
cat, bahan
pelindung fabrik,
penanggal gris,
bahan pengilat,
minyak gas,
minyak petrol, gam
dan pelekat,
cecair pemadam
dan dakwat
pen. 2. Bahan gas
Merupakan
bahan
yang banyak digunakan dalam perubatan seperti eter, klorofom, haloten dan nitrous oksida. Produk kegunaan di rumah yang mengandungi gas termasuklah pemetik api yang
berisikan gas
butana, tong gas
propana dan gas
peti
sejuk
iaitu
freon.
Penyembur aerosol pula
biasanya
mengandungi kedua-dua bahan pelarut dan gas.
Antara penyembur aerosol
yang mudah
didapati di rumah adalah cat penyembur, semburan pewangi,
penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.
3. Bahan Nitrit
Merupan
sejenis
bahan sedutan
yang sering digunakan
sebagai pemangkin
seks dan
mudah diperolehi
di kelab-kelab
malam. Antara
bahan nitrit
yang biasa digunakan
adalah sikloheksil
nitrit, amil
nitrit dan
butil nitrit
yang
terdapat dalam
sebahagian jenama
penyegar udara.
Nama lain
yang biasa
dikenali oleh
penagih ialah
Climax,
Rush, Locker Room dan
Popper. Inhalan berbentuk
bahan
mudah meruap
dan bahan
gas lebih digemari
oleh golongan
awal remaja,
walau pun terdapat
juga
golongan dewasa
yang menggunakannya.
Orang dewasa biasanya
terdedah kepada
bahan sedutan
melalui pekerjaan
mereka, manakala
golongan remaja
yang lebih berumur
biasanya memperolehi
dan terdedah
kepada bahan
nitrit di kelab-kelab
malam.
LANGKAH PENCEGAHAN
OSentiasa
awasi mengenai
kuantiti produk
yang telah digunakan,
sekiranya kuantiti
yang digunakan agak
banyak, soal
dan lakukan
penyiasatan lanjut
OSekiranya
anda mensyaki
sebarang perubahan
tingkah laku
anak atau
rakan anda,
tanya dan
cakap dengan
mereka mengenai
perkara yang
membimbangkan
anda. Jangan
tangguhkan untuk
berdepan dengan
mereka.
OElakkan
sikap ‘tidak
apa’- Ingatlah
bahawa satu
sedutan atau
hiduan mungkin
akan membunuh
orang tersayang.
KESAN PENGGUNAAN INHALAN
Okematian
secara mengejut
akibat aritma
atau menghalang
pernafasan kerana
kegagalan jantung
berfungsi atau
sesak nafas
dalam beg plastik.
Ohilang
pendengaran, kekejangan
anggota badan,
Okerosakan
sistem saraf
otak atau
pusat, kerosakan
tulang
sum-sum,
Okerosakan
hati dan
ginjal
Okekurangan
oksigen dalam
darah dan
banyak lagi.
TAKRIFAN HIV/AIDS
AIDS dikenali Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit
Ia ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (bahasa Inggeris:
Human Immunodeficiency Virus).
AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan.
Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan.
Sistem pertahanan badan yang
tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan
virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.
BAGAIMANA HIV BERTINDAK KE ATAS BADAN
Sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang
melindungi manusia daripada bakteria,
virus dan sebagainya.
Apabila virus
HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang
dipanggil 'CD4
helper lymphocyte' (sel pembantu
CD4).
Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang
lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang
menceroboh.
Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti
AIDS. Mereka yang
mendapat
AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang
tertentu contohnya Karposi
sarcoma dan
lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.
TANDA-TANDA SESEORANG YANG POSITIF HIV
Terlalu lemah dan lesu
Penurunan berat badan yang
mendadak
Demam panas yang
kerap
Peluh malam
Kelenjar limfa membengkak
Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh :
lapisan dalam mulut
Cirit-birit yang
kronik
Batuk kronik
Hilang ingatan
Jangkitan teruk yang
tidak dapat dirawat
CARA SEBARAN
HIV/AIDS TIDAK DAPAT DISEBARKAN MELALUI:
Perciuman atau berpeluk
Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
Berenang di kolam renang awam
CARA PENCEGAHAN
Menghindari seks di luar perkahwinan.
Elakkan hubungan seks dengan mereka yang
tidak dikenal pasti latar belakangnya.
Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.
Menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.
Jangan melakukan hubungan seks sejenis.
Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan
lain-lain peralatan yang
boleh dicemari oleh darah
Jangan menderma darah atau
organ badan jika anda dijangkiti.
Jangan menagih dadah.
Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di mana anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.
Bagi ibu-ibu yang
dijangkiti elakkan dari mengandung.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan