KAJIAN TINDAKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
OLEH : ENCIK HUANG HUAT LEONG
1.0
TAJUK
Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Amalan Merokok Dalam Kalangan murid Tingkatan 4 Sekolah
Menengah Kebangsaan Lubok Antu
2.0
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor
yang mempengaruhi amalan merokok dalam kalangan murid tingkatan 4 Sekolah
Menengah Kebangsaan Lubok Antu. Dalam menjalankan kajian ini etika kerahsiaan
amat dititikberatkan iaitu responden menjawab tanpa menulis nama mereka. Kajian
ini melibatkan seramai 130 orang responden iaitu 50 orang responden lelaki dan
80 responden perempuan. Kajian ini dijalankan dalam bentuk deskriptif iaitu
menggunakan soal-selidik. Data kajian dianalisis dalam bentuk peratusan.
Dapatan kajian mendapati 50% murid lelaki dan 1.25% murid perempuan adalah
merokok. Faktor-faktor yang mempengaruhi murid merokok bagi murid lelaki menunjukkan 34% adalah
disebabkan oleh kehendak sendiri, 16% pengaruh rakan sebaya, manakala murid
perempuan sebanyak 1.25% adalah atas kehendak sendiri. Dapatan kajian murid
lelaki mula merokok bermula dari sekolah rendah menunjukkan 6% bermula dari
darjah 4, 6% lagi bermula dari darjah 5 dan 4% bermula dari darjah 6, 8%
bermula dari tingkatan 1, 16% bermula dari tingkatan 3 dan 4% bermula dari tingkatan
4, manakala murid perempuan sebanyak 1.25% bermula dari tingkatan 1. Dapatan
kajian juga mendapati bahawa murid lelaki menghisap 1-2 batang rokok satu hari
sebanyak 22%, 3 hingga 5 batang ialah 16%, 6 hingga 7 batang rokok ialah 4% dan
lebih dari 7 batang ialah 8%, manakala murid perempuan sebanyak 1.25% merokok
sebanyak 1 hingga 2 batang rokok sehari.
3.0
LATARBELAKANG
KAJIAN
Sekolah
Menengah Kebangsaan Lubok Antu merupakan sekolah luar bandar yang terdiri
daripada 75 orang guru dan 835 orang murid. Jumlah murid lelaki ialah seramai
402 orang dan murid perempuan seramai 433 orang murid. Murid di sekolah ini
terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, Iban, India dan Bidayuh.
Kepelbagaian kaum ini memperlihatkan keharmonian kepelbagaian kaum di sekolah
ini. Oleh itu, kajian tindakan ini
dijalankan bagi mendapatkan data untuk kegunaan pihak sekolah bagi mengetahui
faktor-faktor yang mempengaruhi amalan merokok dalam kalangan murid tingkatan
4.
4.0
PERNYATAAN
MASALAH
Kajian
ini mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi amalan merokok dalam
kalangan murid tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu. Kajian ini dijalankan kerana masalah merokok
dalam kalangan murid semakin meningkat dari tahun ke tahun. Terdapat
murid-murid juga merokok secara terbuka sama ada di asrama sekolah, tandas
sekolah terutamanya waktu rehat dan juga ketika berada di luar kawasan sekolah
seperti di luar pagar sekolah, di rumah dan juga di kedai semasa melepak dengan
rakan. Oleh yang demikian, kajian tindakan lebih berfokus untuk mengetahui
faktor-faktor yang menyebabkan murid merokok. Dengan ini, pihak sekolah dapat
menggunakan data ini untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan
merokok dalam kalangan murid tingkatan 4.
5.0
OBJEKTIF
KAJIAN
Objektif
kajian ini ialah untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi amalan merokok dalam kalangan murid tingkatan
4.
6.0
METODOLOGI
KAJIAN
Reka bentuk Kajian
Kajian
yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif. Data-data mengenai persoalan
kajian adalah diperolehi melalui kaedah soal selidik.
Kumpulan Sasaran
Murid
lelaki dan perempuan tingkatan 4 seramai 130 orang. Murid lelaki tingkatan 4
seramai 50 orang dan murid perempuan seramai
80 orang.
Instrumen Kajian
Instrumen
yang digunakan dalam kajian ini adalah dalam bentuk soal selidik. Kaedah ini
dipilih kerana mudah untuk mendapatkan maklumat dan data-data dari responden.
Ini kerana ia menjimatkan masa dan juga kos perbelanjaan dalam mendapatkan
maklumat daripada responden. Soal selidik ini mempunyai 4 soalan dimana jika
murid menjawab tidak merokok maka responden tidak perlu menjawab soalan 2,3 dan
4.
Analisis Data
Data
yang dikumpul akan dianalisis menggunakan peratusan. Kajian ini dianalisis
dalam bentuk peratusan melibatkan aspek jantina dan bilangan murid yang
merokok, faktor-faktor yang mempengaruhi murid merokok, sejak bila mula merokok
dan berapa batang rokok yang dihisap dalam sehari.
Etika Kajian
Saya
memegang etika kerahsiaan iaitu responden tidak menulis nama dalam borang soal
selidik.
7.0
DAPATAN
KAJIAN
Soalan
kajian dalam kajian ini ialah adakah anda merokok? Apakah faktor mempengaruhi
anda merokok? Bila anda mula merokok? Berapa batang rokok anda hisap dalam satu
hari?
Dapatan
kajian mendapati daripada 130 orang responden yang mengembalikan borang soal
selidik adalah seperti pada jadual berikut:
Jadual 1 : Peratusan murid merokok mengikut jantina
Jantina
|
Ya
|
Tidak
|
Lelaki
|
50% (25)
|
50% (25)
|
Perempuan
|
1.25% (1)
|
98.75% (79)
|
Dapatan
kajian mendapati bahawa murid lelaki yang merokok ialah 50% manakala murid
perempuan ialah 1.25%. Data ini menunjukkan murid tingkatan 4 di sekolah
menengah kebangsaan Lubok Antu merokok ialah 51.25%.
Jadual 2 : Peratusan faktor-faktor murid merokok mengikut jantina
|
Diri Sendiri
|
Rakan Sebaya
|
Keluarga
|
Lelaki
|
34% (17)
|
16% (8)
|
0% (0)
|
Perempuan
|
1.25% (1)
|
0% (0)
|
0% (0)
|
Dapatan
kajian mendapati bahawa murid lelaki merokok atas kehendak diri sendiri ialah
sebanyak 34%, pengaruh rakan sebaya 16% dan tidak dipengaruhi oleh faktor
keluarga. Murid perempuan 1.25% merokok adalah disebabkan atas kehendak
sendiri. Daripada data ini menunjukkan bahawa 35.25% murid merokok adalah atas
kehendak sendiri. Faktor keluarga langsung tidak mempengaruhi faktor murid
untuk merokok.
Jadual 3 : Peratusan murid mula
merokok mengikut jantina
|
Sekolah Rendah
|
Sekolah
Menengah
|
|
Darjah 4
|
Darjah 5
|
Darjah 6
|
Tingkatan 1
|
Tingkatan 2
|
Tingkatan 3
|
Tingkatan 4
|
Lelaki
|
6% (3)
|
6%(3)
|
4% (2)
|
8% (4)
|
8% (4)
|
16% (8)
|
4% (2)
|
Perempuan
|
0% (0)
|
0% (0)
|
0% (0)
|
1.25% (1)
|
0% (0)
|
0% (0)
|
0% (0)
|
Data
menunjukkan murid lelaki mula merokok seawal usia berada di darjah 4 dan 5
masing-masing 6% dan 4% untuk tahun 6. Murid lelaki mula merokok di alam
sekolah menengah masing-masing 8% bermula dari tingkatan 1 dan 2, 16% bermula
dari tingkatan 3 dan 4% bermula dari tingkatan 4. Murid perempuan pula mula merokok bermula
dari tingkatan 1.
Jadual 4 : Peratusan jumlah rokok
dihisap oleh murid mengikut jantina
|
1-2 batang
|
3-5 batang
|
6-7 batang
|
Lebih 7 batang
|
Lelaki
|
22% (11)
|
16% (8)
|
4% (2)
|
8% (4)
|
Perempuan
|
1.25% (1)
|
0% (0)
|
0% (0)
|
0% (0)
|
Dapatan
kajian menunjukkan murid lelaki merokok sebanyak 1 hingga 2 batang rokok
seramai 22%, 3 hingga 5 batang rokok seramai 16%, 6 hingga 7 batang rokok
seramai 4% dan lebih dari 7 batang seramai 8%. Murid perempuan pula merokok 1
hingga 2 batang rokok ialah 1.25%.
8.0
PERANCANGAN
TINDAKAN
Berdasarkan
kepada data dan dapatan kajian ini, saya sebagai guru bimbingan dan kaunseling
mendapati bahawa tahap keseriusan perkara ini perlu dititikberatkan kerana
51.25% murid tingkatan 4 adalah merokok. Data ini menunjukkan tahap keseriusan
ialah pada murid lelaki iaitu 50% murid lelaki adalah merokok.
Oleh
yang demikian, pihak sekolah dengan kerjasama semua pihak perlu berganding bahu
dalam menangani perkara ini. Pendekatan teori Pavlov adalah satu pendekatan
yang baik digunakan dalam menangani permasalahan ini. Setiap tindakan yang
melanggar peraturan sekolah perlu diambil tindakan tegas dan melibatkan
penglibatan ibubapa serta pihak bertanggungjawab yang lain seperti pihak polis dan
juga PIBG sekolah. Manakala, peneguhan positif perlu diberikan kepada murid
yang tidak merokok.
Disamping
itu, pendekatan amalan penyayang perlu diterapkan kerana kita berpegang kepada
prinsip “memaafkan adalah lebih baik daripada melabel”. Dalam hal ini,
pengenalan dan pengukuhan merit dan dimerit perlu diperkukuhkan dan
dilaksanakan dengan efektif. Setiap dimerit perlulah dimaafkan dengan merit
kepada murid. Dengan ini, murid akan belajar nilai murni dalam kehidupan
mereka. Namun jika tiada perubahan maka pendekatan hukuman mengikut peraturan
sekolah perlu dilaksanakan.
Selain
itu, program pencegahan perlu dilaksanakan di sekolah bermula dari awal tahun
lagi. Program-program pencegahan melibatkan pihak AADK Sri Aman dan Jabatan
Kesihatan perlu dipertingkatkan. Misalnya ceramah kesedaran dan juga ujian
urin.
Merasionalkan
murid adalah satu pendekatan yang perlu diambil berat oleh pihak sekolah iaitu
melibatkan secara total guru bimbingan dan kaunseling. Proses merasionalkan
murid perlu dirujuk oleh mana-mana guru disiplin bagi menjelaskan setiap
tindakan yang diambil terhadap mereka. Dengan ini, proses merasionalkan murid
akan lebih berkesan.
9.0
PELAKSANAAN
PERANCANGAN TINDAKAN
Perancangan Tindakan
Bil
|
Perkara
|
Pelaksanaan
Tindakan
|
Personalia
|
1
|
Penglibatan
komuniti
|
-
Program sekolah melibatkan komuniti.
-
Mesyuarat disiplin perlu diwakili
oleh mana-mana exco PIBG dan juga Ibubapa.
-
Rondaan pihak polis ke sekolah 2 @ 3
kali dalam sehari
|
Pengetua
PK HEM
Guru Disiplin
Waden
GBK
|
2
|
Merit-Dimerit
|
-
Memberi sijil kepada murid yang
tidak merokok dan menunjukkan perubahan dalam sikap.
-
Program Sifar Merit Rokok bagi murid
yang ditangkap kali pertama merokok di sekolah.
|
Pengetua
PK Pentadbiran
PK Kokurikulum
PK HEM
Guru Disiplin
Waden
GBK
Semua guru
|
3
|
Program Pencegahan
|
-
Program kesedaran bahaya
penyalahgunaan dadah dan rokok.
-
Program Minggu Anti Dadah
-
Mewujudkan lorong atau taman PPDa
melibatkan elemen D.A.R.I.H
|
Pengetua
PK HEM
Guru Disiplin
Waden
GBK
|
4
|
Kaunseling /
Bimbingan Individu atau kelompok
|
-
Menjalankan sesi kaunseling atau
bimbingan individu / kelompok.
|
Pengetua
PK HEM
Guru Disiplin
Waden
GBK
|
Kekangan
Antara
kekangan yang bakal dihadapi dalam perancangan tindakan ini ialah mendapatkan
kerjasama semua pihak sama ada dalam organisasi dan agensi-agensi yang lain
kerana memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Disamping itu, kekangan kos
mengendalikan aktiviti juga merupakan satu kekangan.
10.0
KESIMPULAN
Kajian
tindakan ini diharap dapat membantu pihak sekolah dalam mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi amalan merokok dalam kalangan murid tingkatan 4
di sekolah menengah kebangsaan Lubok Antu. Data ini dapat menjadi kayu pengukur
kepada tahap disiplin dan juga kecemerlangan akademik murid. Menjadi harapan
agar pihak sekolah mengambil berat akan permasalahan ini dan memperluaskan
kajian ini ke tingkatan yang lain