Rabu, 14 November 2018

APA ITU ROKOK?
Rokok adalah silinder dari kertas
 yang mengandungi bahan busa serabut
sintetik dan nikotin yang boleh mengakibatkan
SERANGAN jantung dan kanser paru-paru.


KENALI H.I.V?

DEFINISI HIV / AIDS

AIDS dikenali Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit
Ia ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus).
AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan.
Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan.
Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.

ALKOHOL MEMUDARATKAN!!!

APA ITU ALKOHOL?

.
DEFINISI ALKOHOL
Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras yang boleh memperlahankan fungsi sistem saraf pusat dan gangguan tingkahlaku yang tidak stabil seperti mabuk, kemurungan, agresif dan bercelaru.

MASALAH ALKOHOL DI MALAYSIA.

Menurut World health Report 1991, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang tinggi penggunaan alkohol. Penyakit-penyakit yang berkait rapat dengan penggunaan alkohol seperti sirosis hepar dan kanser semakin meningkat.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati prevalen “alkohol abuse / alcohol dependence” adalah 11%, majoriti adalah lelaki. 90% purata umur pengambilan alkohol adalah 22 tahun.

Jenis - jenis minuman alkohol.

Liquor iaitu yang terdiri dari jenis-jenis   seperti       vodka, whisky.      

Bir 

     terdiri dari dari jenis-jenis seperti shandy,   birstout.todi dan samsu yang popular              

    di India .Tapai yang popular di beberapa tempatdi negara kita ialah tuak.